Friday, September 30, 2011

Teknologi jadikan manusia pemalas?

PADA zaman moden ini, terlalu banyak teknologi yang dibangunkan atas tujuan membantu manusia dan memudahkan kerja manusia seperti teknologi komunikasi, teknologi maklumat seperti Internet, teknologi pertanian dan pelbagai lagi teknologi moden.

Teknologi memberikan perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Dapatkah anda bayangkan kehidupan kita tanpa teknologi yang kita nikmati pada hari ini? Remaja tanpa facebook, pelajar tanpa komputer, dunia tanpa satelit. Kepentingan teknologi tidak kiralah teknologi maklumat, teknologi ketenteraan, teknologi pengangkutan, teknologi pembuatan dan teknologi makanan setiap satunya menyumbang terhadap kemaslahatan manusia sejagat.
Lihat saja impak revolusi perindustrian pada masa kini jika mahu dibandingkan dengan teknologi pada tahun 80-an. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini jika hendak dibandingkan dengan kehidupan kita 20 tahun lampau. Ini kerana dengan wang kita boleh mengecapi setiap teknologi yang wujud pada masa kini.
Pada masa sekarang, kita sebenarnya tidak perlu bergerak seratus peratus untuk melakukan sesuatu kerja. Untuk melakukan pekerjaan seperti berkomunikasi, memesan makanan dan menyiapkan proses transaksi, ia boleh dilakukan di hujung jari saja. Rutin harian kita menjadi lebih cepat, mudah dan efisien jika dibandingkan dulu.
Lihat saja pelajar kita yang menuntut di universiti mahupun masih di bangku sekolah yang banyak bergantung terhadap teknologi maklumat iaitu Internet untuk mencari maklumat bagi melakukan tugasan mereka yang diberikan guru ataupun pensyarah.
Mengimbau kembali era sebelum tahun 90-an di mana buku dan bahan bacaan menjadi aset penting kepada pelajar untuk mencari maklumat dan mentelaah pelajaran. Tetapi kini senario tersebut berubah apabila Internet menjadi sumber rujukan utama berbanding buku. Buku-buku di perpustakaan kini hanya menjadi pameran, ia tidak digunakan dan dibaca.
Sebenarnya, dengan membaca buku seseorang itu dapat menerima input yang menyeluruh dan holistik kerana untuk mencari maklumat terperinci seseorang itu perlu membaca dengan lebih teliti jika dibandingkan dengan mencari maklumat di Internet yang mengetepikan maklumat sampingan yang disangka tidak penting dan hanya mencari maklumat perlu saja.
Hal ini menyebabkan pelajar kita pada masa kini kurang membaca buku dan akibatnya budaya membaca semakin luntur. Jadi tidak dapat disangkal lagi teknologi maklumat menjadikan manusia malas membaca buku.
Kehidupan sosial manusia terjejas kerana teknologi. Teknologi komunikasi yang diledakkan dengan penciptaan pelbagai alat komunikasi seperti telefon pintar, komputer tablet dan komunikasi tanpa wayar seperti wi-fi, Internet mudah alih dan penciptaan laman sosial yang digilai warga dunia contohnya facebook, twitter dan yahoo messenger dapat menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak dan ia lebih menjimatkan namun kesan sampingannya terhadap kehidupan manusia amat besar.
Tidak dapat dinafikan teknologi komunikasi memudahkan kita berhubung dan laman sosial lebih menyeronokkan, tetapi kajian Profesor Steven Strogatz seorang pakar sains perhubungan dari Universiti Cornell, New York menyatakan garisan yang membezakan antara rakan maya dan rakan sebenar semakin kabur mengakibatkan manusia hilang pertimbangan dalam memberikan perhatian sewajarnya terhadap fungsi kehidupan realiti mereka.
Manusia memperuntukkan banyak masa mereka melayari laman sosial berbanding bergaul sesama ahli keluarga, jiran dan komuniti setempat. Ini menunjukkan teknologi komunikasi dan laman web sosial menyebabkan manusia malas bergaul dan hanya bergaul bersama teman maya mereka.
Konsep makanan segera sudah begitu sinonim dengan masyarakat kita kerana ia cepat, mudah dan lazat. Contohnya mi segera, cukup sekadar ada air panas. Rendamkan selama dua minit dan siap! Dari sudut positifnya konsep makanan segera ini sesuai dengan gaya hidup masa kini yang mementingkan penggunaan masa kerana sibuk bekerja mencari rezeki.
Tetapi jika kita lihat dari perspektif lain, teknologi makanan seperti makanan segera yang disebut sebentar tadi banyak memberikan kesan negatif terhadap manusia. Akibatnya manusia semakin malas untuk memasak walaupun sekadar menggoreng telur! Lihat saja wanita masa kini apabila ditanya perihal kemahiran memasak kebanyakan mereka tidak tahu.
Berdasarkan kajian Good Food Channel, 65 peratus daripada wanita Britain menyatakan tidak mahir dan tidak tahu memasak dan salah satu sebabnya adalah lambakan makanan segera di pasaran.
Aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan dan beriadah kini tidak lagi menjadi agenda utama harian. Seluruh kehidupan kita mula berubah kepada tabiat yang kurang baik kerana generasi masa kini lebih gemar menghabiskan waktu riadah mereka dengan hanya terperap di rumah tanpa melakukan aktiviti melibatkan pergerakan.
Dengan hanya menekan butang alat kawalan jauh untuk menukar siaran televisyen, menghidupkan pendingin hawa, membuka pintu pagar malah untuk menyiram pokok juga menggunakan kemudahan itu. Lihatlah, manusia semakin liat untuk sihat dan teknologi menyebabkan manusia menjadi malas.
Kembali kepada perkara paling asas iaitu teknologi dicipta untuk memudahkan manusia melakukan pekerjaan. Namun, kini timbul stigma bahawa teknologi menjadikan manusia malas. Ironinya di sini kita menyalahkan teknologi padahal kita yang mencipta teknologi untuk memudahkan kerja. Perkara sebenarnya amat nyata iaitu manusia sememangnya malas.
Manusia cuba mengelak untuk melakukan kerja berat dengan mencipta teknologi. Jadi, secara dasarnya teknologi dicipta untuk manusia yang malas. Wajarkah teknologi di kambinghitamkan atas kemalasan manusia? Atau, adakah manusia boleh berubah menjadi rajin tanpa teknologi? Fikir-fikirkan untuk renungan bersama.

BHO Blog - Sebenarnya ia terpulang kepada individu, hadirnya Internet dan teknologi telah memudahkan urusan hidup manusia tetapi ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

Wednesday, September 28, 2011

Cara Membuka Blog

Video yang menunjukkan cara asas membuka blog. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam pembinaan blog. Ini cara pertama saya untuk memahami cara permulaan membuka blog saya. Selamat belajar, kawan-kawan.
http://www.youtube.com/watch?v=rA4s3wN_vK8

Website yang boleh anda dapat "gadget" dan gambar yang cantik dan menarik. Sila layari

http://blog.sina.com.cn/s/blog_63928d6b0100qct9.html

http://www.1t2t.com/1t/1t_1.html

http://hi.baidu.com/%D0%A6%BF%B4%C8%CB%C9%FAjyf/blog/item/a000c77a069fe5fe0bd1875d.html

http://www3.rid.go.th/fad/fad_pro/image_fad_pro/animation/

Tuesday, September 27, 2011

Tugasan KRT3013

1. Tugasan 1A
Forum 10%
Tarikh akhir 10%

2. Tugasan 1B
-Esei 20%
-Secara Individu
-Cara hantar emel kepada pensyarah mengikut kumpulan
-4 hingga 5 muka surat dalam format pdf/doc/mana-mana format yang bersesuaian.

SOALAN
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses P&P di bilik darjah. Sebagai guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
a) Kenalpasti pengajaran di dalam bilik darjah.
b) Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam (a).

3. Tugasan 1C
-Pembangunan Blog 30% - Blogger
-Link blog perlu diletakkan dalam MyGuru.
-Markah akan diberi mengikut perkembangan bolg.
-Tarikh akhir 12-12-2011

KURSUS TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik.


HASIL PEMBELAJARAN:



1.    Menyatakan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.    Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

3.    Menyatakan dengan  jelas implikasi penggunaan komputer dalam pembangunan keprofesionalisma guru.

4.    Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

5.    Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.

6.    Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



PENILAIAN PELAJAR :
Kerja Kursus   60%

Tugasan 1A: Perbincangan Forum  10%

Tugasan 1B: Esei   20%
            Tugasan 1C: Pembangunan Blog  30%
            Peperiksaan Akhir  40%       
Jumlah    100%

 


Pertandingan Nyayian Tahun 2

Apa itu Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam.[2] Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.