About My School

Sejarah Ringkas
SJK(C) NAM HUA



Perkembangan Status Dan Pembangunan

1. Permulaan

1.1 Nam Hua Public School telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1935 sebagai sebuah sekolah bertaraf persendirian. Bangunan sekolah ketika itu hanya dua buah kedai atap yang disewa. Bilangan murid-muridnya lebih kurang 35 orang.

1.2 Pada tahun 1940, oleh kerana bertambahnya bilangan murid, sekolah ini terpaksa berpindah ke sebuah setor kilang papan yang disewa. Tapak tanah ini telah dibeli oleh sekolah dan sekarang telah terdiri bangunan Tadika Nam Hua.

1.3 Pendidikan di sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1941 sehingga 1945 kerana Peperangan Dunia Kedua.

2. Pembukaan Semula Selepas Peperangan

2.1 Sekolah ini dibuka semula pada bulan Januari 1946 dengan bilangan muridnya lebih kurang 120 orang serta dibahagikan kepada 4 kelas. Bangunan sekolah yang digunakan adalah tapak yang sama pada tahun 1940.

2.2 Pada tahun 1952, bilangan murid telah meningkat kepada 320 orang dan ini telah menimbulkan masalah kekurangan bilik darjah. Pada tahun tersebut juga pihak sekolah menerima bantuan separuh daripada kerajaan, iaitu bantuan separuh gaji untuk guru-guru. Bagaimanapun sekolah ini masih bertaraf persendirian.

3. Sejarah Perkembangan Bangunan Di Tapak Tanah Baru- Fasa Pertama 

3.1 Pada tahun 1956, Operasi Suluh telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendaftarkan semua kanak-kanak dalam lingkungan umur tertentu untuk masuk ke sekolah. Usaha ini telah berjaya menambahkan bilangan murid-murid.

3.2 Untuk menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah, permohonan untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tapak tanah Lot 1053 untuk mendirikan sekolah telah diluluskan. Tapak inilah yang menjadi kawasan sekolah sekarang.

3.3 Mulai 1 Julai 1957, sekolah ini telah diberikan taraf bantuan penuh oleh Kementerian Pelajaran dan nama sekolah ditukarkan menjadi Nam Hua Standard Type Primary School.

3.4 Pengerusi Pembangunan, mendiang Ang Kim Chuan, telah membina 8 buah bilik darjah pada akhir tahun 1958 ( Blok A), kos pembinaannya berjumlah RM5,800.00 dari perbelanjaan itu daripada bantuan kerajaan pusat manakala bakinya adalah kutipan derma daripada orang tempatan.

4. Sejarah Perkembagan Pembangunan- Fasa Kedua

4.1 Pembinaan peringkat kedua telah dimulakan pada akhir tahun 1959 dan telah siap bina pada bulan September 1960, dan digunakan pada awal tahun 1961. Bangunan Blok B itu mengandungi 6 buah bilik darjah, dewan, pejabat Guru Besar, bilik guru dan bilik khas. Bangunan itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Shaari bi Shafiee yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Besar Perak.

4.2 Mulai Julai 1961, Skim U.T.S. telah dilaksanakan. Semua perbelanjaan sekolah termasuk gaji dibiayai oleh Kementerian Pelajaran dan sistem persekolahan percuma juga dimulakan. Nama sekolah ditukar sekali lagi menjadi SRJK(C) NAM HUA. Pada tahun 1965, semua murid dikumpulkan untuk belajar di bangunan baru.

5. Sejarah Perkembangan Pmebangunan- Fasa Ketiga

5.1 Timbulnya masalah kekurangan bilik darjah akibat dari penambahan bilangan murid-murid dari setahun ke setahun. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Perak telah membenarkan pihak sekolah menggunakan tapak tanah di Lot 1053 untuk mendirikan bangunan ketiga iaitu Blok C pada tahun 1970. Dengan usaha gigih oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah, bangunan dua tingkat ini siap dibina pada tahun 1971 dengan kos RM65,000.00. Sejumlah RM15,000.00 dari jumlah perbelanjaan itu adalah dari bantuan Kementerian Pelajaran.

6. Perkembangan Pembangunan- Fasa Keempat

6.1 Selepas tahun 1975, bilangan murid telah bertambah dengan pesatnya. Pada tahun 1979, bilangan murid telah melebihi 1,700 orang. Pada tahun 1980, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid-Murid Tua telah berjaya mengumpul kutipan derma sejumlah RM20,000.00 untuk menukar perabot khasnya kerusi dan meja murid yang telah lama dan rosak.

6.2 Pada tahun 1981, satu jawatankuasa pembangunan baru telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Lembaga Pengurus, PIBG, Persatuan Murid-Murid Tua, ibu bapa dan penjaga serta orang perseorangan tempatan yang dikenali.

6.3 Dorongan untuk mendirikan bangunan baru telah mendapat sokongan penuh daripada semua penduduk tempatan. Sejumlah RM500,000.00 wang derma telah berjaya dikumpul. Di samping itu, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bantuan modal berjumlah RM90,000.00 pada tahun 1982.

6.4 Pembinaan bangunan ke empat ( Blok D), mula dibina pada bulan Disember 1983 dan telah siap dibina pada bulan Februari 1985. Bangunan tiga tingkat itu mempunyai 10 buah bilik darjah, bilik pusat sumber, kantin dan tandas. Perbelanjaan keseluruhan termasuk perabot dan kelengkapannya berjumlah melebihi RM600,000.00.


No comments:

Post a Comment